BANGKOK- Polis Thailand menahan 13 individu yang didakwa terlibat dalam laman web perjudian yang menjana lebih daripada 1.6 bilion baht setiap tahun serta merampas aset milik mereka bernilai 20 juta baht.
Katanya, penahanan itu berkaitan kes yang melibatkan pakar feng shui terkenal, Thanawan Jiracharoenwes, 43, yang juga dikenali sebagai Tili.
Komander Bahagian Perlindungan Pengguna, Pol Maj Gen Wittaya Sriprasertparp berkata, Tili sebelum ini telah ditangkap atas dakwaan menipu 117 individu dengan jumlah keseluruhan 130 juta baht.
Kes itu sedang dibicarakan di Mahkamah Jenayah.
Siasatan polis mendapati, Thanawan telah memasukkan kira-kira 90 juta baht daripada wang mangsanya ke dalam laman web perjudian popular, SBOBET.
Selepas dua bulan menjejak dan memantau laman web tersebut, polis berjaya menangkap seorang individu yang dipercayai sebagai pengendali laman web itu, Ahad lalu.
Suspek dikenali sebagai Thanaphat, 58, ditahan bersama 12 individu lain dalam serbuan ke atas tiga premis mewah di Bangkok dan Pathum Thani.
Polis turut merampas aset bernilai keseluruhan 20 juta baht yang dipercayai diperoleh hasil daripada aktiviti haram.
Menurut polis, laman web itu telah beroperasi lebih dari 10 tahun dengan jumlah transaksi melebihi 1.6 bilion baht setiap tahun.
Penyiasat sedang menjejaki aset yang hilang daripada kes melibatkan pakar feng shui tersebut. Polis juga mungkin mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut pampasan bagi mangsa yang terjejas.- Agensi
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















