Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi tempoh 28 Mac hingga 6 April ini untuk memudahkan perantau pulang berhari raya.

Katanya, perkhidmatan tambahan itu melibatkan dua perjalanan bagi laluan KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral serta dua perjalanan bagi laluan KL Sentral – Butterworth – KL Sentral.

Langkah itu diambil bagi menampung permintaan tinggi berikutan tiket perkhidmatan tren ETS sedia ada yang telah habis dijual.

Menurut KTMB, tiket ETS tambahan itu akan mula dijual esok, 4 Mac 2025 bermula jam 10.00 pagi, secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my, atau di mesin kios KTMB bagi kemudahan dan keselesaan pelanggan.

“Sepanjang tempoh operasi, tren ETS tambahan ini akan menawarkan 1,260 tempat duduk sehari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan, dengan jumlah keseluruhan 12,600 tempat duduk disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna,” kata KTMB dalam kenyataan hari ini.

Jadual operasi tren ETS tambahan ini adalah seperti berikut:

  • Sektor Padang Besar ke KL Sentral:
No. Tren Tarikh Perjalanan Laluan Masa
EP9283  

28 Mac sehingga 6 April

Padang Besar – KL

Sentral

11.05 pagi – 4.30 petang
EP9286 KL Sentral – Padang

Besar

5.00 petang – 10.20

malam

 

  • Sektor Butterworth ke KL Sentral:
No. Tren Tarikh Perjalanan Laluan Masa
EP9185  

28 Mac sehingga 6 April

Butterworth – KL

Sentral

11.20 pagi – 3.25 petang
EP9186 KL Sentral –

Butterworth

4.45 petang – 8.50 malam

 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau layari platform media sosial rasmi KTMB untuk maklumat terkini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast