KUALA LUMPUR – Durian Musang King menjadi tarikan utama Bufet Ramadan Hotel Tenera Bangi sepanjang Ramadan ini yang disediakan menerusi ruang dikenali Dusun Durian.
Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah berkata, berbanding hanya pada ditawarkan pada hujung minggu pada tahun lalu namun sejak awal Ramadan lalu pelanggan boleh menikmati kira-kira 10 tan buah durian setiap hari.
Bekalan raja segala buah itu itu berkualiti tinggi kerana dibawa daripada pengeluar tempatan di Raub, Pahang.
“Kita mendapat permintaan yang tinggi mahukan durian dan pelanggan mahu makan sampai puas agar pelanggan berpuas hati untuk menikmati buah durian pada bufet Ramadan kali ini,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, terdapat lebih daripada 200 menu hidangan seperti Nasi Dalcha Lutut Kambing, Asam Pedas Huzz Power, Kariaq ‘mapley’ Kepala Ikan, Kawah Gulai Raja Berangkat, Coq Langgar Padang Merdeka, Tempe Madoran, Kopi Gantung, Teh Chai dan Dusun Durian yang disajikan setiap hari.
Kesemua menu tersebut adalah hasil air tangan seorang cef berpengalaman iaitu Cef Eksekutif Sahisal Azrul Mat Said di mana harga bufet bermula RM158+++ seorang untuk dewasa dan RM78+++ seorang untuk kanak-kanak.

Sementara itu, Fadzly berkata, Hotel Tenera turut tampil membawa pendekatan berbeza untuk tahun ini apabila tidak lagi menjadikan selebriti sebagai wajah promosi bufet Ramadan selepas melantik penyanyi, Datin Alyah dan pelakon, Rozita Che Wan sejak dua tahun lalu berturut-turut.
Malah menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, pihaknya sentiasa menghargai sokongan rakan-rakan selebriti yang ingin hadir menikmati hidangan berbuka puasa pada tahun ini.
Dalam pada itu, sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur.
Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih.
Sementara itu, Hotel Tenera yang kini merupakan hotel bertaraf lima bintang adalah milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad adalah berkonsepkan mesra Muslim. – MalaysiaGazette















