KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung pergaduan beberapa individu menaiki dua buah kenderaan di daerah Petaling Jaya, Selangor hingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya telah mengesan video tular itu pada jam 2.40 petang, Selasa lalu.

“Hantaran itu memaparkan beberapa individu menaiki dua buah kereta jenis Perodua Myvi keluar dari kenderaan itu dan memukul antara satu sama lain.

“Hasil semakan Pusat Media Kontinjen Selangor mendapati, laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu dan polis telah menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai untuk menjaga tingkah laku dan tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang.

Tambahnya, polis juga menyeru kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat dan sahih berhubung kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast