KUALA LUMPUR – Amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa sehingga 21 Mac 2025 dikeluarkan melibatkan enam daerah di Johor.

Kawasan-kawasan tersebut ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Selain itu, amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga 21 Mac 2025 melibatkan Kuantan, Pekan & Rompin (Pahang); Tangkak, Segamat, Muar & Batu Pahat (Johor) dan Pantai Barat (Ranau & Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan,
Beluran & Sandakan) dan Kudat (Sabah).

Manakala amaran sama berkuat kuasa sehingga 20 Mac 2025 juga dikeluakran melibatkan beberapa Kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song & Kapit) dan Bintulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast