Tayangan perdana Filem Pendek Raya SAJI 2025 pada Majlis Iftar dan Pelancaran Filem Pendek Raya SAJI 2025 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 21 MAC 2025

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd (FGV) melalui jenama Saji melancarkan filem pendek bertajuk Nas Si Goreng yang mengangkat tema kenangan, kasih sayang dan penyembuhan rasa lakonan beberapa artis terkenal tanah air.

Pegawai Bertanggungjawab untuk Bahagian Produk Pengguna merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn Bhd, Shammim Azad Kamruzaman berkata, filem itu memberi mesej di mana setiap rasa sama ada di lidah atau di hati membawa makna yang menyatukan dan mencipta kenangan Aidilfitri.

Katanya, Nas Si Goreng mengisahkan perjalanan seorang pemuda iaitu Anas yang membesar menyaksikan ibunya memasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.

“Namun selepas pemergian ibunya, Anas menghadapi kesukaran menerima kehilangan tersebut sehingga dia mula ‘menggoreng cerita’ untuk mengisi kekosongan dalam hatinya.

“Kisah ini mengajak penonton menelusuri perjalanan emosi Anas dalam menerima kehilangan, mengubati kesedihan dan menyedari kepentingan meneruskan warisan ibunya mengabadikan memori insan tersayang melalui masakan.

“Filem pendek ini menampilkan barisan pelakon seperti Fadhli Masoot sebagai Anas, Nabila Huda sebagai Anisa dan Liza Abdullah sebagai ibu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Bersama Anak Yatim dan Pelancaran Filem Pendek Saji 2025 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Saji turut meraikan 20 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia serta menyerahkan sumbangan Aidilfitri bernilai RM300 dan hamper produk Saji & Seri Pelangi bernilai RM50 setiap seorang.

Mengulas lanjut, Shammim berkata, usaha berkongsi rezeki daripada pihaknya adalah sebahagian dari Program Saji Seikhlas Hati yang bukan sekadar usaha bermusim tetapi inisiatif berterusan yang mencerminkan komitmen Saji dalam menyumbang kepada masyarakat.

Menurut beliau, sejak 2023, program itu telah memberi manfaat kepada hampir 3,000 golongan asnaf di seluruh negara.

“Februari lalu, Saji menjalankan program “Back to school” di Giant Bandar Kinrara membantu 80 pelajar asnaf di Lembah Klang dengan kelengkapan persekolahan bagi sesi 2025.

“Menjelang Aidilfitri ini, Saji akan membantu 200 golongan asnaf di Kuantan, Pahang dan
menyumbangkan kos pemulihan sebanyak RM10,000 bagi membaik pulih rumah seorang mangsa ribut,” katanya.

Sementara itu, tahun lalu, filem pendek Saji bertajuk Minyak Maaf berjaya memikat hati rakyat Malaysia dengan mesej kemaafan dan kasih sayang.

Ia dibintangi oleh Joey Daud, Delimawati, dan Nasir Bilal Khan yang mencetuskan impak mendalam dalam kalangan penonton. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here