Dzulkhairi menyampaikan risalah kepada penunggang jalan raya selepas melancarkan Op Selamat 24 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 di Peringgit, Melaka hari ini.

MELAKA – Polis menjangkakan lebih 221,000 kenderaan akan memasuki negeri ini sempena cuti umum sambutan Hari Raya Aidilfiti kali ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, anggaran itu melibatkan 108,000 kenderaan melalui Tol Ayer Keroh, Tol Simpang Ampat (83,000) dan Tol Jasin sebanyak 30,000 kenderaan.

“Peningkatan jumlah kenderaan disebabkan oleh cuti perayaan yang panjang kali ini.

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengamalkan cara pemanduan yang berhemah,” katanya.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 24 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 di Peringgit hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sepanjang Op Selamat kali ini, polis akan menumpukan terhadap enam kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya.

“Ia adalah memotong di garisan berkembar, memotong barisan, memandu menggunakan telefon, menggunakan lorong kecemasan, melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat.

“Sepanjang operasi ini, sebanyak 19 pegawai kanan dan 140 anggota polis akan ditempatkan di kawasan-kawasan hotspot yang sering berlaku kesesakan lalu lintas serta kawasan blackspot yang kerap mencatatkan kemalangan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, dalam usaha memastikan keselamatan terhadap harta benda serta premis yang ditinggalkan pula, pihaknya Melaka akan mengatur gerak secara maksimum penugasan anggota-anggota balai polis serta rondaan kereta peronda dan unit rondaan bermotosikal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here