PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki tempatan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Gat Lebuh Macallum di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Lee Swee Sake berkata, mangsa berusia 27 tahun dan pihaknya dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 5.07 petang.

“Mangsa merupakan penghuni pangsapuri itu dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah di tempat kejadian atau badan lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menularkan gambar atau video kejadian di media sosial untuk tidak menyinggung perasaan keluarga mangsa.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri sebelum tersangkut di struktur bangunan tular di media sosial. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast