Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan 4,611 notis saman atas pelbagai kesalahan selepas 7,335 kenderaan diperiksa menerusi Op Khas Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025 bermula 24 Mac hingga 8 April lepas.
Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata antara kesalahan itu, termasuk berkaitan pelesenan kenderaan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.















