KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menganggap pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi satu kehilangan besar kepada negara.
Bekas Perdana Menteri kelima itu banyak berjasa kepada negara, katanya.
“Jadi ini takdir Allah..sudah sampai masanya dan marilah kita berdoa agar roh allahyaham ditempatkan bersama orang-orang soleh,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang 2025 di sini malam tadi.
Usai majlis berkenaan Wan Rosdy dan rombongan turut hadir menziarahi jenazah allahyarham di sini sebelum pulang ke Pahang.
Terdahulu, Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada pukul 7.10 malam tadi. – MalaysiaGazette















