KUALA LUMPUR – Satu lorong paling kiri khas bagi kenderaan berat dan lebar di Laluan keluar – K24 Plaza Tol Seafield akan ditutup sementara selama enam hari mulai 8 pagi esok sehingga 12 pagi 27 April.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, ia bagi memberi laluan kerja penyelenggaraan jalan di Plaza Tol Seafield (lorong keluar) di Lebuhraya Utara-Selatan dijalankan.
Sehubungan itu PLUS berkata, pengguna kenderaan berat yang melebihi had lebar dinasihatkan menggunakan laluan keluar Plaza Tol USJ atau Plaza Tol Ebor (Arah Selatan) sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut dijalankan.
“Justeru, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.
“Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS (Petugas Lebuhraya) ketika melalui kawasan terbabit,” katanya menerusi kenyataan.
Sementara itu, PLUS berkata, pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih.
“Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” katanya. – MalaysiaGazette