ISKANDAR PUTERI – Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Mutiara Rini di sini ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap murid perempuannya.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, suspek yang berusia 47 tahun di tahan di daerah ini semalam.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual melibatkan tiga mangsa perempuan berusia anggaran sembilan tahun.
“Kejadian tersebut berlaku dalam tahun ini dan suspek sedang ditahan reman selama lima hari bermula hari ini hingga 27 April ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.- MalaysiaGazette
















