Suasana di Pelabuhan Barat yang merupakan antara 20 buah pelabuhan paling sibuk di dunia. Gambar Arkib MG

KUALA LUMPUR – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini kepada 4.1 peratus berbanding 4.7 peratus Januari lalu.

Semakan ini selari dengan pengurangan yang dilakukan dalam unjuran serantau.

Menerusi injauan Ekonomi Dunia (WEO) April 2025, bertajuk “A Critical Juncture amid Policy Shifts”, IMF juga meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berkembang sebanyak 3.8 peratus pada 2026.

IMF turut menurunkan unjuran pertumbuhan global tahun ini kepada 2.8 peratus, turun 0.5 mata peratusan daripada ramalan Januari.

Selain Malaysia, IMF juga mengurangkan prospek pertumbuhan Indonesia 2025 kepada 4.7 peratus daripada 5.1 peratus.

Filipina pula dijangka berkembang sebanyak 5.5 peratus, berbanding 6.1 peratus sebelum ini.

Manakala ramalan pertumbuhan Thailand disemak semula kepada 1.8 peratus daripada 2.9 peratus. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast