Seorang nelayan Orang Asli ditemukan lemas, selepas terjatuh dari bot ketika menjalankan aktiviti menjaring udang di perairan berhampiran Johor Port, di Pasir Gudang, Johor.
Mangsa dikenali sebagai Mohammad Ronney Teo Abdullah, 49 tahun, ditemukan 100 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.















