Datuk Hussein Omar Khan. Foto FAREEZ FADZIL

SHAH ALAM – Polis akan memangil seorang pelakon yang didakwa memukul teman wanitanya sehingga mengalami kecederaan, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis menerima laporan pada 7 April lalu daripada mangsa yang dipukul di sekitar Ara Damansara, Petaling Jaya.

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka selepas dipukul dengan tangan oleh suspek.

“Kita akan memanggil suspek dalam masa terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Hussein berkata, berdasarkan rekod, mangsa sama pernah membuat laporan polis pada tahun lalu.

Bagaimanapun, ujarnya, laporan tersebut telah ditarik balik oleh mangsa.

“Jadi, ini merupakan kejadian kali kedua (melibatkan pelakon itu),” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang wanita mendakwa dipukul oleh teman lelakinya yang juga  merupakan pelakon bertubuh sasa.

Wanita itu turut memuat naik gambar kesan kecederaan yang dialaminya di muka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast