Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sehingga 20 April sebanyak 59.4 peratus warga emas yang yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik telah menerima suntikan vaksin influenza.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, masih terdapat 57,09 3 slot janji temu vaksinasi yang tersedia, dan orang ramai boleh mendapatkan vaksin influenza di fasiliti kesihatan kerajaan sehingga akhir Ogos 2025.

Warga emas yang layak disarankan agar segera membuat janji temu sebelum slot ditutup.

“Perkhidmatan ini disediakan di 649 Klinik Kesihatan (KK) terpilih di seluruh Malaysia. Vaksin diberikan secara percuma dan merangkumi kos vaksin, peralatan, serta khidmat kesihatan berkaitan,” katanya.

Menurutnya, janji temu boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera dan orang ramai juga boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan, melayari portal rasmi atau media sosial KKM, atau hadir sendiri ke KK untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi warga emas yang tidak mempunyai akses kepada MySejahtera, mereka boleh hadir secara walk-in ke KK yang disenaraikan untuk pendaftaran dan suntikan, tertakluk kepada slot yang masih tersedia.

KKM juga menggalakkan warga emas yang hadir untuk rawatan susulan penyakit kronik di KK berkenaan agar mengambil inisiatif
untuk mendapatkan maklumat dan bertanya berkenaan kelayakan menerima vaksin influenza secara percuma, sekiranya belum ditawarkan.

“KK menyeru semua warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit pernafasan kronik atau tekanan darah tinggi untuk mengambil peluang ini bagi mendapatkan perlindungan yang sewajarnya menjelang musim jangkitan.

“Langkah ini penting bagi mencegah komplikasi serius dan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital akibat jangkitan influenza dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here