Ahli CEC DAP Melayu, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman.

KUALA LUMPUR – Dua Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman akan mendapatkan nasihat peguam dan memulakan tindakan undang-undang terhadap ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin atas dakwaan memfitnah mereka.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka mendakwa, ADUN Perikatan Nasional (PN) berkenaan telah memuat naik status yang mengandungi kata-kata yang memfitnah di laman Facebook beliau.

Dakwa mereka, ⁠Jasri antara lain menyatakan mereka sanggup menjadi `sukarelawan untuk jadi pembelot bangsa’, serta kata-kata lain yang memfitnah mereka.

“Kami memandang serius perkara ini, kerana sebelum ini kami sentiasa difitnah oleh pengikut PN di alam maya.

“Kami tidak sangka perangai ini dicerminkan juga oleh pemimpin mereka seperti ADUN ini,” demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Syahredzan yang merupakan Ahli Parlimen Bangi merupakan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, manakala Young Syefura yang juga Ahli Parlimen Bentong merupakan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Sementara itu, kenyataan tersebut menambah, mereka berasa amat kecewa kerana seorang wakil rakyat beragama Islam seperti Jasri sanggup memfitnah mereka sejurus berakhirnya bulan Syawal.

“⁠Kami juga ingin menasihati semua wakil rakyat dan pemimpin PN untuk berhati-hati dalam tutur kata mereka.

“Jangan lupa bahawa sebelum ini, pemimpin-pemimpin PN telah diarahkan membayar pampasan disebabkan Mahkamah mendapati mereka telah memfitnah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here