Xinhua previously said, 84 people were taken to hospital for treatment following the blast.

LONDON – Seramai 14 kanak-kanak yang ditahan oleh polis Britain selepas seorang remaja lelaki maut dalam kebakaran di sebuah taman perindustrian dibebaskan dengan jaminan.

Polis Northumbria berkata, 11 kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan berusia 11 hingga 14 tahun itu ditangkap kerana disyaki melakukan pembunuhan.

Mangsa dipercayai Layton Carr, 14, yang mayatnya ditemui di dalam bangunan di Gateshead, dekat Newcastle selepas  dilaporkan hilang pada hari Jumaat, kata polis.

“Malangnya, susulan pencarian … mayat dipercayai Layton Carr yang berusia 14 tahun ditemui mati di dalam bangunan itu,” kata jurucakap polis.

Polis dimaklumkan mengenai kebakaran pada malam Jumaat, dan berkata siasatan masih di peringkat awal.

“Ini adalah kejadian yang sangat tragis,  seorang budak lelaki telah kehilangan nyawanya,” kata Ketua Detektif Louise Jenkins.

Penduduk berhampiran memberitahu, remaja dan kanak-kanak sering menceroboh tapak perindustrian di kawasan tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast