Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars

KUALA LUMPUR – Peminat setia Biduanita Negara, Datuk Seri Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menyaksikan sebuah
persembahan muzik yang memukau menerusi Violet Skies: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars secara langsung.

Ia bakal diadakan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 5 dan 6 Julai 2025 pukul 8.30 malam.

Konsert bersejarah itu menandakan satu lagi pencapaian gemilang selepas kejayaan dua persembahan yang laris tahun lalu, kata satu kenyataan.

Sempena ulang tahun ke-30 dalam industri, konsert mega itu bakal menjadi pentas berprestij yang meraikan legasi kegemilangan beliau menyatukan peminat setia dan generasi baharu dalam satu malam penuh nostalgia dan kemegahan muzik.

Tiket untuk Violet Skies: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars bakal menjadi acara yang dinanti-nantikan.

Tiket akan mula dijual secara rasmi pada 30 April lalu dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah dengan saksikan persembahan eksklusif yang pasti memukau! Harga tiket bermula dari RM768 (VIP), RM658 (PS1), RM528 (PS2), RM398 (PS3), and RM278 (PS4).

Sebagai ganjaran, Ahli Genting Rewards Card berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3 sahaja. Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan
tambahan sebanyak RM4.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari rwgenting.com. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast