KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan dua buah papan tanda iklan (billboard) yang didirikan tanpa kebenaran atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

DBKL menerusi kenyataan berkata, tindakan itu dilakukan menerusi Operasi Bersepadu Meroboh Struktur Papan Iklan Tanpa Kelulusan di Bangsar, Parlimen Lembah Pantai tengah malam tadi dengan Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Jelasnya, pemilik struktur iklan tersebut telah dikenakan notis pada 9 April dan 16 Mei 2025 bagi merobohkan serta membersihkan tapak dalam tempoh yang ditetapkan.

“Tindakan ini diambil berdasarkan Seksyen 70, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Tindakan tegas ini merupakan sebahagian daripada pendekatan berterusan DBKL dalam memperkemas wajah bandar serta memastikan setiap pembangunan dan struktur di Kuala Lumpur mematuhi peraturan sedia ada,” katanya.

Terdahulu DBKL berkata, papan tanda iklan itu yang diturunkan berukuran anggaran 20 kaki x 10 kaki.

Jelasnya, struktur iklan yang telah diturunkan kemudiannya dihantar ke Setor Simpanan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal DBKL, Jalan Cheras untuk penyimpanan sementara dan proses pelupusan.

DBKL berkata, operasi tindakan bersepadu itu kan diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh Kuala Lumpur selaras dengan usaha memperkukuh imej ibu kota menjelang penganjuran Persidangan ASEAN Ke-46.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast