Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli hadir pada Ucapan Dasar dan Perasmian Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 ketika di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Foto MOHD ADZLAN, 23 MEI 2025.

JOHOR BAHRU – Calon yang menang dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 tidak boleh anggap mereka boleh memonopoli semuanya selepas ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding berkata, semua pihak perlu belajar daripada pengalaman sebelum ini dan memberi sumbangan sebaiknya kepada parti.

“Jangan kita andaikan yang menang kalah itu monopoli. Kita belajar pengalaman daripada kelemahan, beri sumbangan sebaiknya.

“Saya tak bertanding pun saya belajar (daripada pengalaman), pedih (akibat kalah) macamana pun saya dengar.

“Yang tak menang saya akan pilih yang terbaik, saya akan bantu kerana agenda perjuangan ini lebih besar daripada Anwar. Saya nak pastikan ada kekuatan yang kita nak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ucapan Dasar dan Perasmian Kongres Nasional tahunan Keadilan di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa di sini malam ini.

Anwar berkata, kekuatan parti adalah lebih penting berbanding dirinya dan beliau akan sentiasa taat dengan parti.

Beliau yang juga Perdana Menteri mengakui kadang-kadang keras kepala dan degil apabila melibatkan pandangan dalam sesuatu perkara.

“Saya juga ada pandangan tetapi tidak sekeras Rafizi tapi degil lebih kurang, keras kepala pun lebih kurang,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast