Penyanyi rap, Caprice Foto AFFAN FAUZI, 20 SEPTEMBER 2023. (GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai CEO Batu didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual membabitkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Pendedahan itu dibuat oleh penyanyi rap, Caprice, menerusi satu hantaran di Instagram yang turut memaparkan tangkap layar perbualan antara mangsa dan individu terbabit, selain mesej antara ibu mangsa dan CEO Batu.

Tangkap layar yang menunjukkan perbualan di antara CEO Batu dan mangsa. Ihsan Foto : IG Caprice

Difahamkan, perbualan bermula apabila remaja berkenaan menghubungi CEO Batu menerusi mesej di TikTok pada November tahun lalu bagi menyatakan hasrat untuk menghasilkan kandungan bersama.

CEO Batu kemudiannya didakwa meminta nombor telefon remaja itu dan beralih kepada komunikasi menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, komunikasi tersebut bertukar menjadi insiden tidak senonoh apabila pempengaruh terbabit dipercayai menghantar gambar lucah kepada mangsa.

Caprice turut mendedahkan mesej rayuan yang didakwa dihantar oleh CEO Batu kepada ibu mangsa bagi memohon agar kejadian itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Saya merayu sangat, kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang… Kalau saya sabit kesalahan, 10 tahun saya ke dalam.

“Segala usaha saya selama ni semuanya akan hilang kak,” demikian antara mesej yang didedahkan Caprice dalam tangkap layar di laman sosial miliknya, semalam.

CEO Batu juga mendakwa ketika kejadian, dia berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk sesi penggambaran dan tidak menyedari kesilapannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast