JOHOR BAHRU – Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Rafizi Ramli enggan ditemui pihak media untuk ditemuramah selepas keputusan jawatan itu diumumkan malam ini.
Ketika ditemui sebaik keputusan pemilihan itu diumumkan selepas Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada) Johor di sini malam ini, Rafizi dilihat segera meninggalkan dewan diiringi para penyokongnya.
Ahli Parlimen Pandan itu meminta pengamal media menemubual Timbalan Presiden yang baharu, Nurul Izzah Anwar ketika diminta memberikan komen mengenai keputusan pemilihan itu.
“You should interview the Timbalan Presiden (Nurul Izzah),” katanya ringkas.
Beliau turut dilihat memberi bayangan kekecewaan dengan keputusan itu memandangkan mempersoalkan soalan media yang bertanyakan keadaannya sama ada beliau okay.
“What kind of question is that,” soalnya. – MalaysiaGazette















