Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun

KUALA LUMPUR – Malaysia dijanjikan kejuaraan beregu lelaki Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas 12 tahun apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tiket dalam pusingan akhir bagi menentang satu lagi pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun esok.

Mendapat suntikan semangat daripada persembahan Wei Chong-Kai Wu sebelum itu, beregu pilihan keempat tersebut tidak mengecewakan penyokong negara di Axiata Arena, Bukit Jalil apabila mengejutkan pilihan utama dan juara bertahan dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam 64 minit.

Ketinggalan 9-11 pada set pertama, Aaron Chia-Wooi Yik tidak bermula baik namun kembali menemui rentak dan mengejar 15-14 sebelum menutup set 21-19.

Beregu nombor 3 dunia itu bagaimanapun sedikit goyah di set kedua dan tewas kepada gandingan ranking teratas dunia tersebut 17-21.

Dalam set penentu, juara dunia 2022 itu tampil menguasai selepas mendahului 9-1 dan terus menuju final sulung Masters Malaysia dengan kemenangan 21-15 dibantu pukulan kencang dari hadapan gelanggang oleh Wooi Yik. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast