Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki  maut selepas motosikal ditunggang terlibat  kemalangan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 2.1 Lebuhraya Linkedua di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, kemalangan dipercayai berlaku sekitar pukul 9.05 malam melibatkan sebuah kereta dan dua motosikal.

Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa, 33, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 warna merah hilang kawalan ketika bergerak lurus di lorong kiri lalu melanggar bahagian belakang kereta jenis BMW di lorong tengah.

“Perlanggaran itu menyebabkan topi keledar mangsa tercabut dan dia tercampak ke bahagian kiri jalan sebelum dilanggar sebuah lagi motosikal jenis Yamaha LC135 warna biru hingga menyebabkan motosikal itu terbabas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan maut itu boleh menyalurkan maklumat kepada pejabat pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Iskandar Puteri 07- 5101322.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast