Presiden Mahima, Datuk N Sivakumar.

KUALA LUMPUR – Sikap membisu majoriti wakil rakyat India mengenai pengambilan pelajar ke program matrikulasi yang semakin menurun menjadi pertanyaan komuniti itu.

Pengasas dan Presiden Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih Malaysia (DSK), Datuk N Sivakumar berkata, antara yang menyuarakan perkarara itu ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang telah menghantar surat kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk mendapatkan butiran permohonan dan jumlah tawaran kepada pelajar India

“Sebelum ini, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperuntukkan sebanyak 2,200 tempat kepada pelajar India dalam program matrikulasi peningkatan ketara berbanding jumlah asal 1,500,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyifatkan keengganan sebahagian wakil rakyat untuk menyuarakan isu ini sebagai kegagalan dalam tanggungjawab mereka terhadap masyarakat yang diwakili.

Menurut Sivakumar, Kementerian Pendidikan dan Kementerian pendidikan Tionggi perlu memperincikan mekanisme pelaksanaan dapat dilakukan secara telus

“Saya menyeru semua wakil rakyat tanpa mengira parti, terutama yang mewakili masyarakat India, supaya segera bersuara dan bertindak,” ujarnya.

Katanya, isu tersebut merupakan pendidikan ia perlu dilakukan dengan mengetepikan kepentingan politik dan fokus kepada kebajikan pelajar. – MalaysiaGazette

Pelajar 9A SPM juga patut layak automatik ke Matrikulasi – Sivaraj

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast