Kim Chai diiringi pegawai KPDN ketika hadir di Mahkamah Sesyen Klang hari ini. - Foto KPDN Putrajaya

KUALA LUMPUR –  Sebuah syarikat pengeluar roti dikenakan denda RM60,000 oleh Mahkamah Seysen Klang dekat sini hari ini atas pertuduhan menaikkan harga roti kentang Swetie pada tahun lalu.

Pengarahnya, Khu Kim Chai, 67, sebagai Orang Kena Saman (OKS ) menukar pengakuan kepada bersalah selepas sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar.

Mengikut pertuduhan, syarikat terbabit didakwa mencatut dalam menjual barangan roti kentang dengan menaikkan harga RM3.35 kepada RM3.51.

Tindakan itu telah menyebabkan kenaikan kepada margain keuntungan bersih dari RM1.89 kepada RM2.05 iaitu sebanyak RM0.16. 

Perbuatan itu dikesan dilakukan di premis beralamat Jalan Sungai Keramat 3, Taman Klang Utama Batu 5 Off Jalan Kapar, Klang pada 27 Mei 2024.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang dibaca bersama Peraturan 3(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 yang bolch dihukum di bawah Seksyen 18(a) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM1,000,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Muhammad Saiful Saaidin mankala OKS diwakili Peguam Mohd Ridzuan Omar.

Bagaimanpun, OKS telah pembayaran denda telah dijelaskan selepas prosiding itu selesai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast