Pengurus Besar Kelab Golf & Hotel, Anson Li, menerima Anugerah 100 Padang Golf Terbaik di Asia dalam majlis yang diadakan di Jeju Blackstone Golf Resort, Korea Selatan.

ISKANDAR PUTERI – Forest City Golf Resort berjaya memperoleh status Golf Environment Organization (GEO) Certified iaitu pensijilan kelestarian global yang diiktiraf dalam industri golf.

Anugerah diperoleh itu sekali gus menjadikan Forest City Golf Resort yang kedua-dua padang golfnya mempuyai 18 lubang, merupakan antara dua resort golf di Malaysia menerima status berprestij berkenaan.

GEO Certified yang dianugerahkan oleh GEO menilai sesebuah padang golf berdasarkan tiga teras utama iaitu penjagaan alam semula jadi, penggunaan sumber secara lestari dan penglibatan komuniti.

Daripada hampir 40,000 padang golf di seluruh dunia, kurang daripada satu peratus menerima pengiktirafan itu.

Pensijilan itu meletakkan Forest City Golf Resort dalam kelompok eksklusif padang golf yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar terutama di Asia.

“Saya amat kagum dengan pendekatan mereka dan menantikan perkembangan seterusnya dalam pelan pengurusan habitat serta penglibatan komuniti mereka,” katanya selepas melakukan audit menyeluruh di resort itu.

Pensijilan GEO Certified turut mendapat sokongan badan utama seperti Jelajah Eropah dan Jelajah Asia malah sering dirujuk sebagai ‘pasport hijau’ dalam industri golf profesional.

Dalam pada itu, Forest City turut meraih dua anugerah padang golf terbaik Asia. Legacy Golf Course berada pada kedudukan ke-49 dalam senarai 100 Padang Golf Terbaik Asia-Pasifik 2024-2025 anjuran Cloud Golf, manakala padang Classic naik 14 anak tangga ke tempat ke-50 dalam senarai 100 Padang Golf Terbaik Asia 2025 oleh majalah Golf Travel.

Sejak beroperasi pada 2018, resort yang terletak di Johor itu meraih lebih 10 anugerah berprestij dan menerima lebih 100,000 pemain golf pada tahun 2024, menjadikannya antara destinasi golf paling popular dan mapan di Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast