Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lima lelaki termasuk seorang warga asing ditahan kerana disyaki mencuri kabel dari sebuah kilang di Pulau Indah Industrial Park, Pandamaran, Klang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 47 tahun pada jam 10.06 malam,  Sabtu lalu.

Katanya, pengadu yang juga pemilik kilang telah memaklumkan berlaku kejadian pencerobohan sekumpulan lelaki di premis terbabit sekitar jam 6.55 petang.

“Susulan itu, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan lima suspek yang berusia 25 hingga 44 tahun.

“Turut ditemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan pecah masuk dan merampas sebuah kenderaan jenis pikap bersama kabel-kabel disyaki dicuri dari kilang itu.

“Modus operadi suspek adalah dengan cara memotong mangga pintu pagar sebelum masuk ke kilang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis  Daerah Klang Selatan dan semakan lanjut mendapati dua daripada suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah masuk kilang dengan niat mencuri,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast