KUALA LUMPUR – Pemain Manchester United turun menjalani sesi latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini sebagai persiapan akhir The Red Devils menjelang pertemuan menentang skuad ASEAN All-Stars sempena Piala Cabaran Maybank esok.

United yang dibimbing Ruben Amorim menampilkan semangat tingg sepanjang sesi latihan yang berlangsung kira-kira sejam itu sambil disaksikan media tempatan dan antarabangsa.
Turut hadir ratusan peminat setia United biarpun kelab itu menutup saingan saingan EPL musim 2024/2025 di tangga ke-15.
Kelab popular dunia yang tiba di KLIA petang semalam kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah pascamusim bulan depan.
Kali terakhir juara Liga Perdana Inggeris 13 kali itu terbang ke negara ini semasa jelajah pramusim pada tahun 2009 menentang Malaysia XI.

The Red Devils akan bertemu skuad ASEAN All-Stars pukul 8.45 malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan dibarisi pemain berpengalaman dan muda termasuk wakil tempatan seperti Azam Azmi Murad, Adib Abdul Raop, Muhammad Haziq Nadzli, Declan Lambert dan Sergio Aguero.
Turut memperkuat skuad itu adalah beberapa kapten utama dari negara ASEAN termasuk Mo Kan (Kemboja), Bounphachan Bounkong (Laos) dan Do Duy Manh (Vietnam).
Selain itu, empat pemain dari Australia juga dijangka menambah kekuatan skuad itu termasuk Adrian Segecic, Yaya Dukuly, Kealey Adamson dan Harrison Delbridge. –
Ketika ini, lebih 60,000 tiket telah dijual di mana SNBJ mampu menampung kapasiti 80,000 penonton. – MalaysiaGazette
















