KUALA LUMPUR – Pas menyangkal dakwaan wujud amalan nepotisme dalam parti itu seperti yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana suami, isteri dan anak diangkat sebagai Penasihat, Presiden dan Timbalan Presiden.
Pengarah Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Pas Selangor, Yusfarizal Yusoff berkata, di dalam Pas, tidak ada Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden atau Penasihat daripada ahli keluarga Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Katanya yang juga seorang peguam, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya negeri pula dipilih oleh Badan Perhubungan Negeri Pas masing-masing.
Jelasnya, kuasa tertinggi dalam pemilihan calon itu terletak pada Pesuruhjaya Pas Negeri, bukannya Presiden, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terpilih pula adalah undi majoriti rakyat, bukan pilihan Presiden.
“Pemilihan MB adalah berdasarkan “command the confidence of majority of the house”. MB Perlis dipilih oleh DUN Perlis, bukan Presiden. Direstui oleh Sultan. Kalau tidak, kenapa Presiden tidak pilih anaknya Ustaz Khalil jadi MB Terengganu, kan senang. Sebab tak boleh. Bukan kuasa dia. Nepotisme apanya? Ini bukan parti “langkah Kajang”.
“Setiap calon akan ditapis oleh Majis Syura. Nepotisme apanya?
“Sekelumit perjalanan saya dalam Pas, budaya tolak jadi calon lagi banyak daripada gila jadi calon.
“Dalam Pas, tiada kempen hotel-hotel besar, bayaran “jackpot” ataupun jelajah kempen besar-besaran. Tenang-tenang aja,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau malam tadi.
Beliau mengulas mengenai satu poster yang tersebar di media sosial yang mempersoalkan sama ada tidak ada langsung nepotisme di dalam Pas.
Poster itu turut memaparkan gambar Abdul Hadi dengan lima ahli keluarga Presiden Pas berkenaan iaitu anaknya serta tiga menantu dan seorang besan dengan gambaran seolah-olah mendapat kelebihan daripada jawatan Abdul Hadi.
Bagaimanapun, ujar Yusfarizal, situasi yang mana anak bergiat dalam politik disebabkan inspirasi ayah adalah perkara biasa dalam politik dan tidak menjadi isu.
“Yang jadi isunya apabila jerit sampai terkeluar anak tekak tentang nepotisme tapi kita sendiri ukir sejarah orang No 1 dan No 2 dan Penasihat Parti anak beranak. Luar biasa.
“Yang jadi isunya ialah orang dalaman parti itu sendiri timbulkan isu nepotisme. Timbulkan isu kalau anak kalah, bererti penolakan terhadap ayah. Orang lain tak cakap.
“Akhir sekali, yang buat poster ini pun tak berani berhujah secara “direct”. Sebab itu dia guna ayat “adakah tiada langsung”.
“Kalau berani gunalah ayat “Pas lagi teruk nepotisme daripada PKR”. Tak beranilah kan?,” katanya. – MalaysiaGazette

















ha..ha..ha.. kalau bodoh jangan bodohkan orang. tak de konon
creet.