Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media selepas selesai Sidang Kemuncak ASEAN ke 46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN 27 MEI 2025

KUALA LUMPUR – ASEAN akan menerus rundingan dua hala berhubung tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) bagi mendapat konsensus dalam beberapa bentuk persefahaman yang perlu dicapai dalam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar turut memberi jaminan apa jua dalam keputusan dipersetujui, ia tidak sepatutnya meminggirkan negara lain.

“Mengenai tarif (AS), semasa meneruskan rundingan dua hala, konsensus adalah perlu ada beberapa bentuk persefahaman dalam ASEAN dan sebarang keputusan tidak harus dilakukan dengan mengorbankan negara lain,” katanya pada sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di sini hari ini.

Semalam, Anwar mengesahkan telah menulis surat kepada Presiden AS, Donald Trump bagi mendapatkan sokongannya untuk menganjurkan satu pertemuan antara ASEAN dan AS di tengah tekanan negara kuasa besar itu mengenakan tarif timbal balas terhadap sejumlah negara.

Memaklumkan perkara itu ketika sesi pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur, beliau berkata, langkah tersebut dilakukan hasil mandat serta keputusan konsensus mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi pada awal tahun ini.

Sementara itu, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memilih tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ yang menyaksikan tahun ini adalah kali kelima negara memegang jawatan Pengerusi ASEAN selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Sidang itu menyaksikan dua pertemuan penting peringkat tinggi turut diadakan iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama, yang menjadi platform strategik untuk memperkasa kerjasama serantau dan antara serantau.

Antara acara lain diadakan adalah Sesi Dialog Pemimpin ASEAN bersama Wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Sesi Dialog bersama Wakil Belia ASEAN, serta Sesi Dialog bersama Wakil Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).

Kemuncak acara adalah semalam di mana pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, yang menjadi penanda aras strategik dalam membentuk fasa seterusnya pembangunan Komuniti ASEAN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast