Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin

KUANTAN – Polis menafikan dakwaan terdapat kejadian pukau dan samun bersenjata berleluasa di daerah Pekan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian yang dikatakan itu.

“Siasatan telah dijalankan dan semakan telah dibuat mendapati dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada hantaran di laman media Facebook “Kami Asal Pekan Pahang” semalam yang mendakwa terdapat kejadian pecah rumah yang dilakukan dengan cara memukau pemilik rumah oleh suspek warganegara asing bersenjatakan parang yang dikatakan berleluasa di daerah itu.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan dakwaan yang tidak berasas dan boleh menganggu gugat kesejahteraan awam tanpa merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Orang ramai juga disaran agar berhubung dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan kesahihan sebarang maklumat diterima. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast