Gambar hari raya korban. Foto HAZROL ZAINAL, 10 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M pada Sabtu, 7 Jun depan.

Pengumuman dibuat Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd. Aseral Jusman menerusi siaran langsung di televisyen nasional, malam ini.

“Tarikh 1 Zulhijjah 1446H adalah 29 Mei 2025 maka tarikh Hari Raya Korban atau Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1446 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada Sabtu, 7 Jun 2025,” katanya.

Terdahulu, cerapan anak bulan Zulhijjah dijalankan serentak di 29 buah lokasi cerapan di seluruh Malaysia, petang tadi. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast