Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli yang  meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi.

Beliau yang juga Presiden PKR ketika ditemui selepas Majlis Penutup Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 di sini, sebaliknya bertanyakan kembali kepada media berhubung perkara itu.

“Siapa beritahu (Rafizi letak jawatan)?” soalnya ringkas.

Kenyataan Perdana Menteri itu dibuat kira-kira setengah jam sebelum Rafizi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung peletakan jawatannya dalam Kabinet pimpinan Anwar.

Rafizi dalam kenyataannya hari ini mengumumkan peletakkan jawatannya berkuat kuasa 17 Jun ini.

Menerusi surat berkenaan, beliau menjelaskan surat peletakan jawatan itu sudah diserahkan kepada Perdana Menteri.

Rafizi pada pada program podcast Yang Bakar Menteri, Yang Berhenti Menteri? baru-baru ini dilaporkan berkata, bersedia meletak jawatan menteri sekiranya gagal mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu.

Beliau berkata, walaupun berundur daripada Kabinet, tugas sebagai Ahli Parlimen Pandan akan tetap diteruskan dan ketika itu beliau bebas untuk berbicara dalam apa sahaja perkara.

Sebelum ini, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat terperici mengenainya.

Pada Jumaat lalu, ketika Pemilihan PKR peringkat pusat, Rafizi gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden apabila dikalahkan Nurul Izzah Anwar.

Anak sulung Perdana Menteri dan Penasihat PKR, Dr Wan Azizah Ismail itu memperoleh 9,803 undi untuk menewaskan penyandang jawatan kedua tertinggi kepimpinan parti yang hanya meraih 3,866 undi.

Mengakui amalan demokrasi yang mengangkat prinsip akauntabiliti politik, Rafizi dipetik berkata, pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti wajar memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk menyertai barisan pentadbiran. – MalaysiaGazette

Rafizi letak jawatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast