KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih ASEAN All Stars, Kim Sang Sik seolah-olah tidak percaya dengan aksi memukau anak buahnya ketika menentang Manchester United yang disifatkan seperti telah berlatih lebih 20 tahun.
Padahal kata pengendali dari Korea Selatan itu, mereka hanya sempat disatukan dua hari sebelum pertembungan dengan anak buah Ruben Amorim itu.
“Satu perlawanan yang hebat dan persembahan mengagumkan kerana kami hanya berlatih dua hari tetapi mereka bermain seolah-olah sudah bersama 20 tahun.
“Pemain bermain dengan kerjasama yang sangat baik dan kami amat gembira dengan kejayaan ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini malam tadi.
ASEAN All Stars membuat kejutan dengan kemenangan tipis 1-0 kepada juara Liga Perdana Inggeris 13 kali itu dalam Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Pemain kebangsaan, Maung Maung Lwin muncul wira hasil gol minit ke-71 jaringan pemain sayap Maung Maung Lwin.

Mengulas lanjut, Sang Sik turut memuji prestasi dua pemain Malaysia iaitu kapten pasukan, Sergio Aguero dan Declan Lambert.
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam itu berkata, beliau akan membuat analisis terhadap kedua-dua pemain itu menjelang pusingan Kelayakan PIala Asia 2027 iaitu pasukannya akan menentang Malaysia pada 10 Jun di Bukit Jalil.
Dalam pada itu, Maung Maung menyifatkan jaringannya ke atas United seperti mimpi menjadi kenyataan.
“Detik ini jarang berlaku pada saya dan saya ingin mendedikasikan jaringan saya kepada rantau Asia Tenggara,” katanya.
Selepas aksi di Malaysia, Manchester United akan meneruskan jelajah pascamusim ke Hong Kong untuk bertemu pasukan kebangsaan negara itu pada 30 Mei ini di Stadium Hong Kong. – MalaysiaGazette















