Wednesday, September 2, 2026
Home Seni Hidup Musim suram tetapi Man United kekal popular, jadi pilihan selebriti

Musim suram tetapi Man United kekal popular, jadi pilihan selebriti

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama rakan artis Bella Astillah.

KUALA LUMPUR – Tetap di hati peminat setianya dan itulah kehebatan Manchester United sejak tiba di negara ini pada petang Isnin lalu bagi aksi Maybank Challenge Cup 2025 menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Apa tidaknya, bermula detik itu, puluhan peminat setia sanggup membanjiri pekarangan hotel, hadir lengkap dengan jersi pasukan dan harapan tinggi untuk bertentang mata menerima dengan idola mereka.

Antara yang mencuri tumpuan pastinya kapten pasukan Bruno Fernandes, penjaga gol Andre Onana yang sering dikecam dan dua pemain sayap lincah, Amad Diallo dan Alejandro Garnacho yang disambut dengan sorakan penuh teruja oleh penyokong setia.
Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz.
Meskipun Red Devils menamatkan musim 2024–25 di tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris, catatan terburuk mereka sejak 1974, sambutan di Malaysia membuktikan kesetiaan peminat tidak pernah luntur.
Malah perlawanan malam tadi menentang ASEAN All Stars jelas mengesahkan United kekal kelab Liga Perdana Inggeris paling popular di negara ini.
Ini kerana perlawanan yang menyaksikan gabungan bintang-bintang Asia Tenggara menentang kelab legenda Eropah itu mendapat sambutan luar biasa dengan lebih kehadiran 72,000 penyokong.
Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkapasiti 80,000 mula sesak sekitar pukul 4.00 petang biarpun wisel sepak mula ditiup pada 8.45 malam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pingat kepada pasukan Manchester United selepas tewas kepada pasukan ASEAN All-Stars pada perlawanan Maybank Challenge Cup di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MEI 2025.
Apa yang menarik, United kekal menjadi pilihan rakyat negara bermula dengan pemimpin utama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menjadi penyokong juara Liga Perdana Inggeris 13 kali itu.
Kali terakhir datang ke Malaysia pada tahun 2009 menentang Malaysia XI.
Turut hadir yang tular di media sosial adalah dua bekas menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama rakan artis Bella Astillah.
Kelihatan sama, pelakon popular, Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz selain Datuk Fizz Fairuz.
Malah United juga menjadi pilihan dua puteri Sultan Pahang iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan adindanya, Tengku Puteri Jihan Azizah.
Manchester United juga menjadi pilihan kerabat Diraja Pahang.
-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast