Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA – Tiada rombakan Kabinet bakal dilakukan dalam masa terdekat susulan tindakan dua menteri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak meletakkan jawatan mereka, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kedua-dua menteri terbabit sedang menghabiskan tempoh bercuti.

“Tak ada (ganti) dia orang masih cuti, menteri tak boleh ganti masa orang cuti,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Mei 2025 Jabatan Perdana Menteri di Puspanitapuri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas peletakan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/05/28/johari-ganti-rafizi-kj-kembali-dalam-kabinet/

Terdahulu Razifi yang juga Ahli Parlimen Pandan mengumumkan peletakan jawatannya daripada Jemaah Menteri berkuat kuasa 17 Jun ini dan kini beliau sedang menghabiskan cuti tahunan sehingga 16 Jun.

Selain itu, seorang lagi Jemaah Menteri, Nik Nazmi mengikut jejak langkah Rafizi yang mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 4 Julai dan kini mula bercuti sehingga 3 Julai.

Tindakan Rafizi itu dibuat selepas beliau gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti sempena Kongres Nasional 2025 pada 24 Mei lalu.

Manakala Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa pula berbuat demikian setelah tewas dan gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti yang berlangsung di Johor Bharu, minggu lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

PM lulus permohonan cuti Rafizi, Nik Nazmi – PMO

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Banyak lagi jawatan menteri2 lain timbalan2 menteri yang wajib juga diberhentikan kerana prestasi yang amat buruk! Tak ada deliverable. Tiap2 bulan hanya kutip gaji puluhan, ratusan ribu ringgit je.

Comments are closed.