Sergio Conceicao. Foto Sky Sports.

LONDON – AC Milan mengumumkan pemecatan jurulatih Sergio Conceicao, susulan prestasi musim lalu yang mengecewakan.

Kelab Serie A itu menduduki tangga kesembilan liga dan terlepas pertandingan Eropah buat kali pertama sejak 2019.

“Kelab ini mengucapkan terima kasih kepada Sergio dan stafnya kerana komitmen mereka, profesionalisme dan dedikasi dipamerkan ketika mengemudi pasukan dalam beberapa bulan terakhir,” menurut Milan dalam satu kenyataan.

Conceicao dilantik pada Disember lalu sebagai pengganti Paulo Fonseca dan dia bermula dengan cemerlang apabila mengemudi Milan melakar kemenangan dalam Piala Super Itali ketika perlawanan kedua kendaliannya.

Bagaimanapun, keputusan dalam liga tidak meningkat di bawah bimbingan jurulatih dari Portugal itu dan mereka turut tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada peringkat play-off di tangan kelab Belanda, Feyenoord pada Februari lalu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast