PUTRAJAYA – Nasken International Sdn Bhd, pemilik jenama restoran makanan dan minuman tempatan iaitu Nasken Coffee kini dalam fasa persediaan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang akhir tahun 2026 sebagai visi perniagaan jangka panjang yang lebih kukuh.
Pengasasnya, Mohd Nazif Ab Aziz berkata, langkah itu akan memperkukuh modal syarikat dan menjadi batu loncatan untuk meluaskan pasaran ke peringkat serantau termasuk ASEAN dan Timur Tengah.
Pada masa sama katanya, Nasken Coffee berkembang pantas ke seluruh negara sejak 2029 dan kini mensasarkan pembukaan 43 cawangan lagi di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2025.
“Pembukaan cawangan ke-43 di Putrajaya bukan sekadar pencapaian tetapi simbol kepercayaan masyarakat terhadap jenama tempatan yang berkualiti dan berprinsip.
“Di bawah slogan ‘Bukan Sekadar Kopi’, Nasken menawarkan lebih dari sekadar minuman dengan membawa pengalaman, komuniti dan semangat anak Malaysia ke dalam setiap cawangannya,” katanya majlis perasmian cawangan ke-43 di Putrajaya, di sini, hari ini.

Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam., Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ditubuhkan pada Disember 2019, Nasken bermula di Pasir, Tumboh, Kelantan dengan satu dengan aspirasi untuk membawa cita rasa warisan Malaysia kepada generasi moden dalam suasana kontemporari dan mesra pelanggan.
Hari ini, Nasken Coffee berkembang pantas ke seluruh negara dan kini memiliki 43 cawangan di seluruh negara.
Sempena pembukaan cawangan baru di Presint 15 Putrajaya itu, café itu kini menawarkan promosi potongan 50 peratus bagi menu terpilih di semua cawangan.
Selain pelbagai aneka kopi, Nasken Coffee turut menyediakan juadah lain seperti makanan barat dan pelbagai jenis kek yang menjadikan restoran itu destinasi pilihan untuk penduduk setempat. – MalaysiaGazette















