Azri Ramli

CAMERON HIGHLANDS – Polis menahan seorang lelaki dipercayai membuat bising di kawasan Centrum Brinchang, di sini, jam 11 malam kelmarin.

Ketua Polis Cameron Highlands, Deputi Seperintendan Azri Ramli berkata, tandakan itu diambil selepas perkara tersebut dimaklumkan orang awam.

”Anggota ronda cegah jenayah telah pergi ke tempat kejadian. Setibanya di lokasi dapati suspek seorang lelaki dilihat bertindak agresif.

”Polis cuba menghampiri lelaki tersebut tetapi beliau tidak memberi kerjasama, malah semasa penahanan dibuat anggota bertugas terpaksa menggunakan kekerasan yang minimum dalam proses tangkapan dibuat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hasil semakan mendapati lelaki tersebut dilaporkan sebagai orang hilang (OH) di daerah Bera baru-baru ini dan mempunyai masalah mental.

Beliau berkata, pihaknya telah membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

AZri berkata, lelaki berusia 42 tahun itu telah diserahkan kepada pihak keluarga dan telah dibawa pulang ke Bera.

Sementara itu katanya, polis turut mengesan seorang individu yang dipercayai  telah menumbuk lelaki  tersebut seperti tular dalam media sosial.

Sebarang maklumat boleh disalurkan ke bilik gerakan (DCC) di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast