Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki menceroboh serta mengintai tandas wanita di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

SEBERANG JAYA – Lelaki yang menceroboh masuk dan mengintai di dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di sini, seperti yang tular dalam media sosial telah ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku pada 5 Mei lalu, kira-kira jam 6.21 pagi dan tular melalui satu video berdurasi 27 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun @kamaghul deghaman di aplikasi X.

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek berusia 26 tahun itu dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat keselamatan awam serta ketenteraman masyarakat.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan seorang lelaki menceroboh masuk ke tandas wanita di sebuah stesen minyak sebelum bertindak mengintai dari bawah pintu salah satu bilik tandas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast