isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mencadangkan Bahagian-Bahagian UMNO membuat usul mengecam tindakan Tengku Zafrul Abdul Aziz lompat parti pada Persidangan Tahunan Perwakilan UMNO akan bermula Jun ini.

Bahkan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga patut dikecam kerana menerima katak.

Biar usul itu dibahas di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Ogos 2025, katanya.

Tegas beliau, UMNO perlu keras dalam isu TengkuZafrul kerana UMNO tidak mahu ia menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Mohd Puad berkata, UMNO adalah parti yang mengutamakan rakyat.

UMNO juga parti yang taat kepada nasihat Raja Raja Melayu, sebab itu UMNO menyertai Kerajaan Perikatan Nasional dan Kerajaan Perpaduan.

“Tetapi itu tidak bermakna UMNO boleh dicucuk hidung. Sebab itu UMNO tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast