GUWAHATI, India – Polis India menahan berpuluh-puluh orang kerana ‘bersimpati’ dengan Pakistan, sebuLan selepas konflik antara kedua-dua negara berlaku, kata seorang pegawai kanan kerajaan.

Penahanan itu dilakukan di Assam, timur laut India di mana Ketua Menterinya, Himanta Biswa Sarma berkata, ’81 orang anti-nasional kini berada di penjara kerana bersimpati dengan Pakistan’.

Sarma dari parti pemerintah nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri, Narenda Modi berkata menerusi kenyataan bahawa ‘system kami konsisten menjejaki hantaran anti-nasional di laman media sosial dan tindakan diambil’.

Salah seorang yang ditahan selepas menyiarkan gambar bendera Pakistan di Instagram, kata polis Assam kepada AFP.

Bagaimanapun tiada maklumat diberi mengenai penahanan individu lain. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast