KUALA LUMPUR – Polis Kuantan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) lembam, Norilyana Normazlan yang dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata,, pihaknya menerima laporan kehilangan wanita berusia 29 tahun itu semalam.
“Norilyana mempunyai ketinggian 151 sentimeter dan memiliki tubuh bersaiz sedang.
“Kali terakhir, Norilyana memakai baju paras lutut berwarna biru gelap bercorak batik, berseluar hitam dan memakai tudung hitam atau kelabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang awam yang mempunyai maklumat atau berjumpa wanita itu boleh mengubung Sarjan Zaidi di Balai Polis Kuantan di talian 017-9995464 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian atau mana-mana balai berdekatan. – MalaysiaGazette















