Atlet Muay Thai OKU, Muhammad Firdaus Aiman bersama jurulatihnya, Mohd Amirul selepas memenangi pingat emas Kejohanan Muay Thai Dunia 2025 (kategori OKU) di Antalya Turkiye ketika di Medan Selera Taman Melawati, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 JUN 2025.

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) didakwa masih mengamalkan sikap pilih bulu dan tidak profesional dalam menilai potensi atlet orang kelainan upaya (OKU) walaupun sudah ramai dalam kalangan mereka telah  mengharumkan nama negara.

Pemenang pingat emas Kejohanan Muay Thai Dunia 2025 di Antalya, Turkiye bagi kategori OKU, Muhammad Firdaus Aiman Khairuddin kesal kerana pencapaiannya tidak mendapat pengiktirafan kerajaan.

“Sejujurnya saya terkilan tak dapat bantuan daripada mana-mana pihak selain Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM). Mungkin bukan rezeki saya, mungkin saya terlambat untuk memberitahu kepada badan bukan kerajaan (NGO) sebab saya pun dapat tahu seminggu sebelum kejohanan itu bermula.

“Orang KBS beritahu kalau nak sertai mana-mana program, kena buat surat empat bulan awal sebelum berangkat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Taman Melawati hari ini.

Jurulatih, Mohd Amirul bercakap kepada media selepas anak didiknya atlet Muay Thai OKU menerima pingat emas Kejohanan Muay Thai Dunia 2025 (kategori OKU) di Antalya Turkiye ketika di Medan Selera Taman Melawati, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 JUN 2025.

Sebelum itu, Aiman memberitahu, KBS sedang mencari atlet OKU dan dia antara individu ditawarkan untuk menyertai kejohanan itu yang berlangsung pada 29 Mei lalu.

“Saya dapat panggilan daripada Nordin dari KBS seminggu sebelum kejohanan ini, katanya dia ada tournament untuk saya bukan dekat Malaysia tapi luar negara, sepatutnya bulan depan (Jun).

“PMM nak cari atlet OKU untuk mewakili Malaysia, kemudian saya jumpa PMM dan saya dilatih jurulatih saya, Mohd Amirul Ariffin selama empat hari sebelum berangkat ke Antalya, Turkiye.

“Kejohanan saya ini bukan untuk sparing tapi untuk buat persembahan, dan saya pun setuju sebab saya pernah buat pelbagai persembahan kerana minat,” katanya.

Atlet Muay Thai OKU, Muhammad Firdaus Aiman.

Bagaimanapun, katanya, selepas berjaya melakar sejarah dan mengalahkan empat pencabarnya dari pelbagai negara, pencapaian Aiman tidak dipandang kerajaan.

“Kerajaan tidak pandang sangat kepada OKU, kerajaan akan pandang kalau kita dapat emas untuk Olimpik, sukan besar sahaja.

“Saya rasa (kejohanan) ini juga besar tapi (kerajaan tak iktiraf). Saya harap kerajaan jangan pilih bulu buka masa luas-luas kita ini semua atlet juga.

Atlet Muay Thai OKU, Muhammad Firdaus Aiman bersama jurulatihnya, Mohd Amirul selepas memenangi pingat emas Kejohanan Muay Thai Dunia 2025 (kategori OKU) di Antalya Turkiye ketika di Medan Selera Taman Melawati, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 JUN 2025.

“Yang wakili Malaysia adalah atlet Malaysia, bukan atlet mana-mana negara.

“Harap kerajaan buka mata luas-luas pandang kami walaupun kita orang OKU, tapi kelebihan kami dapat mengharumkan nama negara sendiri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast