Dalam satu kenyataan selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Komunikasi Rantau Asia Pasifik, Menteri Komunikasi Malaysia menegaskan isu berkaitan media sosial bukan sekadar soal undang-undang, tetapi sikap tidak bertanggungjawab platform-platform besar yang enggan mematuhi peraturan negara.
Beliau mendedahkan bahawa Deklarasi Kuala Lumpur akan dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 sebagai usaha bersama ASEAN menuntut pematuhan dari syarikat-syarikat media sosial terhadap undang-undang tempatan — demi keselamatan sosial dan kedaulatan negara.














