JOHOR BAHRU – Kelab dari Brunei, DPMM FC menyasarkan kedudukan enam teratas dalam saingan Liga Super musim 2025/2026.
Pengurus Besar DPMM FC, Md Ali Momin berkata, sasaran tersebut dilihat realistik sebaik kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sejak 17 tahun lalu.
Malah, Md Ali yang pernah membantu Brunei menjulang Piala Malaysia pada musim 1999, sasaran tersebut adalah bagi peringkat permulaan apabila kembali ke saingan Liga-M
“Kita cuma target top six sahaja dulu; kita tak letak sasaran tinggi sangat.
“Kalau tinggi sangat nanti jatuh lagi,” katanya pada Majlis Menandatangani Penyertaan DPMM FC Dalam Liga Super 2025/2026 di Hotel Thistle, di sini, hari ini.
DPMM FC yang merupakan pasukan yang tidak asing dalam saingan Liga M apabila pernah beraksi pada musim 2005-2006 sebelum menyertai saingan Liga Singapura (Liga-S) pada musim 2009.
Md Ali berkata, kelab tersebut akan cuba memberikan saingan kepada pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC dan lain-lain dalam saingan Liga-M.
“Inshaa-Allah, kita sedaya upaya untuk menandingi kelab seperti JDT dan mungkin kali pertama ini mungkin kita struggle sedikit lah.
“Lagi pun kita telah lama meninggalkan Liga M… Insya-Alllah kita akan cuba ah memberi saingan yang singit bukan sahaja GDT dan Selangor kepada semua kelab-kelab di Liga Sepang Malaysia.
Sementara itu Md Ali berkata, DPMM FC merancang untuk menandatangani tujuh pemain import, walaupun pihak Liga Super Malaysia (MFL),membenarkan pendaftaran seramai 15 pemain import muism depan.
“Setakat ini perancangan kelab hanya untuk menandatangani seramai tujuh pemain import saja.
“Alhamdulillah, kerana kesepakatan dengan pihak MFL pemain dari Malaysia juga boleh bermain di Brunei dan akan didaftarkan sebagai pemain tempatan.
“Ia merupakan petanda yang baik untuk kelab mengisi posisi-posisi yang kosong yang amat kami perlukan,” katanya.- MalaysiaGazette
















