Mohd Shazli

JOHOR BAHRU – Kejadiran kelab dari Brunei, DPMM FC bagi saingan Liga Super bagi musim 2025-2026, dilihat bakal membantu meningkatkan nilai komersil Liga Malaysia (Liga-M).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd menyifatkan kemasukan semula DPMM FC sejak 2008 dilihat memberi nilai tambah kepada saingan liga domestik.

Malah katanya, kehadiran kelab bolasepak yang berpengkalan di Bandar Seri Begawan sebelum ini pernah mewarnai saingan Liga Malaysia dan pernah muncul juara Piala Malaysia pada 1999 dengan menggunakan nama Brunei.

“Bagi MFL, kehadiran DPMM ini dikihat sebagai satu nilai tambah kepada Liga M, kita pernah menyaksikan pemain legenda mereka seperti Patron Akakpo dan Brian Iman Bothwell.

“Sudah tentu, kehadiran mereka kali ini akan menambah seri saingan Liga Super pada musim hadapan akan menjadikan liga lebih kompetitif dan menaikkan nilai komersial kerana melibatkan dua negara.

“Saingan Liga M akan lebih menarik dengan kehadiran DPMM selepas dua pasukan Perak FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak bersaing dalam saingan musim depan.

Mohd Shazli berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Menandatangani Perjanjian Penyertaan Kelab Bolasepak DPMM ke Liga Super 2026-2028.

Hadir sama, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

Kali terakhir DPMM FC bermain di Liga M adalah pada 2008 sebelum menyertai siangan Liga Singapura pada 2009.

Ditanya mengenai status pasukan Imigresen FC, Mohd Shazli berkata, kelab itu akan beraksi dalam saingan Liga Super musim 2025-2026 setelah menamatkan saingan Liga A1 di tempat kedua.

“Buat masa ini, pasukan Imigresen akan bermain di Liga Super musim depan, kebetulan dua pasukan Liga Super iaitu Perak FC dan Kedah Darul Aman FC gagal memperolehi lesen kebangsaan dan tidak dapat bermain untuk liga pada musim hadapan.

“Maka Melaka FC dan Imigresen mengisi slot tersebut dan selain itu, kedua-dua pasukan ini juga memenuhi kriteria sehingga membolehkan mereka mendapat lesen dan beraksi untuk dalam Liga-M,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast