Suasana di Jalan al-Jalaa, Bandar Gaza, November 14, 2024. Foto AFP

BAITULMAQDIS – Yayasan Kemanusiaan Gaza (Gaza Hunitarian Foundation-GHF) didakwa dianggotai tentera dan perisik Amerika Syarikat (AS) yang mana misi mereka adalah untuk mengumpul data yang membolehkan Gaza dikuasai kemudian.

“Organisasi ini bekerja dengan firma keselamatan dikenali Safe Reach Solutions, (SRF) yang dalam proses untuk mengambil jumlah yang besar kakitangan tentera AS, pakar tentera yang telah bersara, kakitangan keselamatan dan kakitangan perisik visual yang bekerja dengan gaji sebanyak AS$1,000 sehari untuk mengumpul data bagi membantu pengurusan atau mengawal Gaza dan peruntukan bantuan ke Gaza pada ketika ini,” dakwa Ketua Coalition of Lawyers for Palestine – Switzerland (ASAP)​​, Majed Abu Salama dalam hantaran Facebook.

Abu Salama menambah, apabila penduduk Palestin tiba di tapak pengedaran, mereka terkejut dengan bilangan quadcopter (sejenis helicopter), pesawat lain dan bilik pemantauan di sekeliling Rafah.

Belau berkata, salah satu matlamat penting syarikat keselamatan ialah mengkaji secara mendalam tindakan dan reaksi komuniti ini dan memantau imej digital dan identiti digital sebahagian besar penduduk Gaza.

Beliau menjelaskan, syarikat keselamatan itu menyasarkan data visual dan identiti pejuang Hamas dan para pejuang lain.

Abu Salama berkata, ramai kakitangan organisasi itu mempunyai pengalaman menganalisis risikan visual, bekerja di barisan hadapan, melaksana opereasi keselamatan di Gaza dan akhirnya memastikan tiada pejuang Palestin memasuki tapak pengedaran bantuan itu.

Beliau menekankan bahawa organisasi itu tidak hanya berada di Switzerland tetapi juga mempunyai dua pendaftaran di AS.

Abu Salama menyatakan pada dua minggu lalu, rakan kongsinya, badan bukan kerajaan, Trial International (Trial) memfailkan saman terhadap dua badan kerajaan Switzerland untuk memantau kerja-kerja organisasi terbabit dan membuka siasatan.

Beliau berkata: “Kami, gabungan Lawyers for Palestine di Switzerland bekerjasama pada tahap tertinggi untuk mengehadkan kerja-kerja organisasi, mendedahkan lebih banyak maklumat untuk melindungi ahli-ahli gabungan organisasi dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan operasi organisasi lain di bawah perlindungan antarabangsa dan menolak urusan dengan isu Palestin daripada perspektif Zionis yang menyokong penghapusan penduduk Palestin daripada tanah mereka dan dilengkapi senjata untuk kemungkinan membunuh dan memalukan mereka,”.

Abu Salama turut mengesahkan pengwujudan kerjasama pada semua tahap untuk menyiasat perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja institusi itu dan gabungan tersebut menyediakan pihak-pihak tertentu dengan maklumat yang boleh mengehadkan dan mengasingkan peranan sebuah kumpulan pencuri pada peringkat sensitif.

Beliau menegaskan bahawa GHF merupakan organisasi tentera dengan dibelakangi AS dan mempertimbangkan sebarang urusan oleh mana-mana pegawai daripada pertubuhan itu dengan oranisasi yang mahu membawa masuk bantuan ke Gaza sebagai pengkhianat kepada prinsip kerja-kerja kemanusiaan, undang-undang kemanusiaan dan penduduk Palestin.

Berikutan itu beliau menggesa kerja-kerja dan institusi itu didedahkan memandangkan terdapat kematian dalam jumlah yang besar setiap hari.

Sementara itu, Abu Salama berkata, ‘projek demaga terapung’ (Floating Dock Project) di pantai Gaza yang dilaksanakan oleh bekas Pengarah Eksekutif World Kitchen, Nathan Mock yang juga beroperasi di bawah Yayasan Bantuan Kemanusiaan dan Maritim (Humanitarian Aid and Maritime Foundation) yang didaftar di Switzerland dikaitkan dengan operasi pengedaran ketika ini.

Katanya, Alliance of Lawyers for Palestine di Switzerland sedang memantau institusi ini.

Terdahulu, Pejabat Media Kerajaan Palestin mengumumkan jumlah kematian akibat pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel berhampiran pusat pengedaran bantuan di Jalur Gaza meningkat kepada 52 orang manakala 340 orang lagi cedera sejak 27 Mei lalu.

Melangkaui pengawasan PBB dan organisasi bantuan antarabangsa, Israel mula melaksanakan perancangan untuk mengedar bantuan kemanusiaan menerusi GHF yang disokong AS pada 27 Mei lalu.

Bantuan diedarkan di kawasan dikenali ‘zon penampan’.

Pengedaran dihentikan berulang kali berikutan kebanjiran penduduk dan Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menyebabkan kematian dan kecederaan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast